Kelebihan Anggota

Kelebihan menjadi anggota Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad

Keistimewaan Menjadi Anggota Koperasi

Yuran dan modal syer yang anda carumkan setiap bulan kepada koperasi adalah merupakan simpanan dan tabungan anda. Koperasi membayar keuntungan atas simpanan anda ini dengan kadar (6%-20%) setiap tahun sejak 10 tahun lalu.

Kadar keuntngan ini lebih tinggi  jika dibandingkan dengan mana-mana simpanan tetap di bank komersial.

Koperasi menawarkan pembiayaan sehingga RM100,000 dan pelbagai faedah kepada anggota koperasi.

” Jadilah Anggota Koperasi, Demi Kebaikan Dan Faedah Kita Bersama Sekarang Dan Masa Hadapan”

Kebaikan Menjadi Anggota

Skim Perlindungan Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang diluluskan dilindungi oleh Skim Perlindungan Pembiayaan (2% dari jumlah pembiayaan). Tiada tuntutan akan dibuat kepada waris/ penjamin sekiranya pemiutang meninggal dunia.

Pembiayaan Disediakan

> Pembiayaan Biasa sehingga RM100,000
> Pembiayaan Kecemasan sehingga RM15,000
> Pembiayaan Pelancongan sehinggaRM10,000
> Pembiayaan 90% daripada simpanan yuran
> Pembiayaan Insuran Kenderaan

Pembiayaan Tanpa Keuntungan

Koperasi menyediakan pembiayaan RM500.00
hingga RM1000.00 tanpa keuntungan kepada anggota yang layak bagi pembiayaan berikut:
> Pembiayaan Perayaan
> Pembiayaan Persekolahan

Tabung Kebajikan

Caruman Tabung Kebajikan RM10.00 sebulan
yang diwajibkan kepada semua anggota koperasi melayakkan anggota memperolehi sumbangan dari koperasi.

> RM18,000.00 dibayar kepada waris anggota yang meninggal dunia.
> RM1,500.00 dibayar kepada anggota yang kemtian suami /isteri.
> RM600.00 dibayar kepada anggota yang kematian ibu/ bapa
> RM200.00-RM500.00 dibayar kepada anggota yang kematian anak (bawah umur 18 tahun).
> Sumbangan perubatan anggota yang masuk
wad atau bencana alam layak dipertimbangkan oleh Lembaga Koperasi (setahun sekali).
> RM300.00 dibayar kepada anggota yang berkahwin PERTAMA kali sahaja.

Dermasiswa

Anak-anak anggota koperasi yang mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan utama diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah disediakan dermasiswa setiap tahun.

Lawatan Kerja/ Sosial

> Koperasi menganjurkan lawatan kerja atau sosial dalam negara/ luar negara.
> Koperasi memberi diskaun RM200.00 (luar negara) dan RM100.0 (dalam negara) kepada anggota yang menyertai lawatan.

Kemudahan Kursus

> Koperasi menyediakan kemudahan kursus yang dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan ANGKASA kepada anggota yang berminat untuk menyertai.

Syarat-syarat Menjadi Anggota Koperasi

> Penjawat Awam yang berjawatan tetap berkhidmat dengan Jabatan/ Agensi Kerajaan di negeri Melaka.
> Anak kelahiran Melaka yang bekerja di luar negeri Melaka
> Kelayakan umur 18 tahun hingga 45 tahun.